Saturday, August 21, 2010

BAYANGAN

Bayangan hitam mula menjelma,
Mencari pedoman dalam cahaya,
Teraba-raba gagal jua temui,
Harapkan api dalam kenangan.

Kusut hati tiada tanda,
Tanda hanya nampak pada mata,
Bukan pelita yang diterangi,
Cuma bayangan hitam yang menjelma.

Bayangan menjelma menjadi hiasan hati,
Hati berbisik naluri bertutur bicara,
Madah hitam yang tiada makna,
Makna hanya terungkap bila bayangan menjelma,
Tusuk jantung khabarkan suara,
Penuh cerita seisi buana.

Bayangan menjelma kerana cahaya,
Dakapan mata sekelip Cuma,
Tiada alur untuk di bentuk jua,
Kerna ia adalah bayangan.

No comments:

Post a Comment